Tuesday, June 24, 2008

10 THINGS I HATE ABOUT YOU



I hate the way you
talk to me,

and the way you cut your
hair.

I hate the way you drive my
car,

I hate it when you
stare.

I hate your big dumb combat
boots

and the way you read my
mind.

I hate you so much it makes me
sick,

it even makes me
rhyme.

I hate the way you’re
always right,

I hate it when you
lie.

I hate it when you make me
laugh,

even worse when you make me
cry.

I hate it when you’re
not around,

and the fact that you
didn’t call.

But mostly I hate the way
I don’t hate you,

not even
close

not even
a little bit

not even at all.

Friday, June 20, 2008

mujer en su corazón



1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang(sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya seorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia seorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.


21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise
buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa


-ehsan abdulmuizz-thx muizz!

Thursday, June 19, 2008

TAG

7 Fakta Tentang Diri
  1. Aku dilahirkan pd 13april1989
  2. Baru je abis foundation in accounting di UNITEN, Muadzam Shah.
  3. Bertubuh sederhane kecik. xde laa kecik sgt...dan xla besar mane.
  4. Rambot paras bahu dan agak menggerbang kerane terlalu tebal.
  5. Boleh jadi sangat pendiam dan boleh jadi seorang yang agak becok.
  6. Pencinta kucing. So, kawan - kawan ku jg kebanyakannye sayangkan kucing. Yg xske kucing pon bleh jd ske kucing.
  7. Ske driving dalam keadaan senyap. Hanya mulot aku je yg boleh beleter dan mengkritik ape saje yg aku nmpk.

7 Perkara Menakutkan

  1. Allah S.W.T
  2. Kematian orang - orang terdekat.
  3. Kegagalan yang boleh memusnahkan hidup
  4. Ayahku.hee..
  5. Ular mahupun binatang - binatang buas yg lain.
  6. Kesunyian dan kegelapan
  7. Hari Kiamat
7 Lagu Buat Masa Ini

  1. Aku Dan Dirimu by Ari Lasso & Bunga Citra Lestari
  2. Ku Mahu Kau Tahu by Hujan
  3. Salah by Lobow
  4. Disco Lazy Time by Nidji
  5. Kau Dan Aku by Nidji
  6. Juicebox by The Strokes
  7. Perfect Situation by Weezer

7 Perkataan Selalu Sebut
  1. Allah
  2. Umiii!!
  3. bongok la
  4. biar benar
  5. tamo.
  6. Baby
  7. owh pecah!! (time melatah)

7 Perkara Amat Bernilai

  1. Pegangan Agama
  2. Akal Fikiran
  3. Ilmu Pengetahuan
  4. Keluarga
  5. Kesopanan
  6. Masa
  7. Duit

7 Pertama Kali Dalam Hidup

  1. Study jauh dari family
  2. Drive tanpe family.hihi.
  3. Satu sedutan rokok mase sem1.huhu.
  4. Masok explorace Uniten je.SUmpah xnk masok dahh!!
  5. Nyanyi atas pentas lagu Purnama Merindu mase darjah3
  6. Celebrate New Year kt TC without family
  7. Pakai skirt setelah begelar remaje time graduation nite mgs form5
7 Blog favourite
  1. capik.parklife.
  2. husaynskema.monolog luaranku.
  3. muizz world!.ideas of inspiration life.
  4. muki.hikayat hang tuah.
  5. lalatgurlz.life n times
  6. mr.rajuna.bayu senja di selatan.
  7. cik faten.dominoheaven.hihi.

Wednesday, June 18, 2008

Ayat - ayat CinTa



Ini adalah kisah cinta. Tapi bukan cuma sekedar kisah cinta yang biasa. Ini tentang bagaimana menghadapi turun-naiknya persoalan hidup dengan cara Islam. Fahri bin Abdillah adalah pelajar Indonesia yang berusaha menggapai gelar masternya di Al Ahzar. Berjibaku dengan panas-debu Mesir. Berkutat dengan berbagai macam target dan kesederhanaan hidup. Bertahan dengan menjadi penerjemah buku-buku agama. Semua target dijalani Fahri dengan penuh antusiasme kecuali satu: menikah.

Kenapa? Karena Fahri adalah laki-laki taat yang begitu ‘lurus’. Dia tidak mengenal pacaran sebelum menikah. Dia kurang artikulatif saat berhadapan dengan mahluk bernama perempuan. Hanya ada sedikit perempuan yang dekat dengannya selama ini. Neneknya, Ibunya dan saudara perempuannya.

Betul begitu? Sepertinya pindah ke Mesir membuat hal itu berubah. Tersebutlah Maria Girgis. Tetangga satu flat yang beragama Kristen Koptik tapi mengagumi Al Quran. Dan menganggumi Fahri. Kekaguman yang berubah menjadi cinta. Sayang cinta Maria hanya tercurah dalam diary saja.

Lalu ada Nurul. Anak seorang kyai terkenal yang juga mengeruk ilmu di Al Azhar. Sebenarnya Fahri menaruh hati pada gadis manis ini. Sayang rasa mindernya yang hanya anak keturunan petani membuatnya tidak pernah menunjukkan rasa apa pun pada Nurul. Sementara Nurul pun menjadi ragu dan selalu menebak-nebak.

Setelah itu ada Noura. Juga tetangga yang selalu disika Ayahnya sendiri. Fahri berempati penuh dengan Noura dan ingin menolongnya. Sayang hanya empati saja. Tidak lebih. Namun Noura yang mengharap lebih. Dan nantinya ini menjadi masalah besar ketika Noura menuduh Fahri memperkosanya.

Terakhir muncullah Aisha. Si mata indah yang menyihir Fahri. Sejak sebuah kejadian di metro, saat Fahri membela Islam dari tuduhan kolot dan kaku, Aisha jatuh cinta pada Fahri. Dan Fahri juga tidak bisa membohongi hatinya.

Lalu bagaimana bocah desa nan lurus itu menghadapi ini semua? Siapa yang dipilihnya? Bisakah dia menjalani semua dalam jalur Islam yang sangat dia yakini?

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Beberape hari lepas aku tonton filem ni, Ayat - ayat cinta. Klo 1st time tgk cover dvd..mst kate jiwang. Ini mmg love story. Tp xde la jiwang. Dlm dvd ni ade 3 chapter. Ketige2 chapter aku tgk asing2. Mst ade gangguan. Emosi utk mendalami cerite ni pon terganggu. Mungkin sbb tu aku xdpt menitiskan air mate sehebat Jenab (bkn name sebenar) . Penceritaan agak slow. Tp sarat dgn isi2 tesirat. Aku rase filem ni agak berat. Memerlukan kosentrasi dan pemikiran yg mdalam. Aku amat tertarik dgn watak Aisha. Aisha dilihat sempurna. Walaupun sempurna di mata dan juga kemewahan tp sbg hambe Allah, Aisha jgk kne lalui rintangan hidup yg cukop hebat! Klo aku jd Aisha..xmungkin aku sekuat tu. Kesimpulan yg dpt aku wat, setiap cabaran atau rintangan memerlukan pengorbanan. Itu pendapat aku laa. Ape kate korang tgk sendiri filem ni. Dan lebih bermakne lg klo korang tgk kt panggung wayang. Jgn beli yg cetak rompak mahupon menonton yg cetak rompak. Aku usha kt gsc hari esok kwa. Selamat menonton!

Thursday, June 12, 2008

Calon Suami Saya Dilarang Merokok



Epidemiologi :

Banci menunjukkan bilangan perokok di barat lelaki menurun manakala bilangan perokok perempuan masih sama. Perokok paling ramai adalah mereka diantara umur 16 hingga 24 tahun. Di USA, bilangan perokok lelaki adalah 36% dan perempuan adalah 29%.



Apakah bahaya merokok???

Merokok boleh menyebabkan ketagihan.

Merokok pada mulanya bermula akibat ingin tahu, namun bila kesan nikoton dalam rokok memberi kesan ia menjadi ketagihan.

Kesan-kesan buruk dikaitkan dengan merokok adalah

- Barah paru-paru
- Kelelahan akibat COAD dan emphysema
- Sakit jantung iskaemia
- Kerosakan pada salur darah spt peripheral vascular diseases
- Kanser pundi kencing
- Air mani tidak normal
- Lemah ingatan
- Jika mengandung anak boleh terbantut perkembangan
- Meningkat risiko kecederaan pada anak yang di kandung
- Risiko kerosasakan sistem pernafasan pada bayi atau anak kecil
- Risiko mengidap berbagai jenis barah @ kanser meningkat


Apakah kesan racun/toksik akibat merokok ???

Dalam rokok terkandung pelbagai jenis racun yang amat berbahaya. Antaranya polycyclic aromatic hydrokarbons, nitrosamines yang boleh menyebabkan kanser/barah. Enzim-enzim yang terkandung dalam rokok meyebabkan kelemahan pada sistem pertahanan badan.



Bagaimana cara berhenti merokok ???

1) Jangan merokok dari awal

2) Jika sudah ketagih ,ada 2 cara

- Berhenti terus
- Berhenti beransur-ansur
- Menggunakan bantuan nikotin gantian seperti patch nikotin dan gula-gula nikotin.

the end of the road





finall dah habiss!!!
yayyy!!!
happy tp sikit sedih
sedih sbb dah xleh nk lepak raamai2
walaupon cuti 3minggu je
dpt rase kesunyian tanpe kwn2 uniten.
rindu la kt korang sme nnt
hope next sem dpt satu class lagi
habis sem ni sedih.
sbb..
mungkin kte akn khilangan seseorang
seorang yg bername sahabat.
mungkin 2orang.
tah laa
hanye mase yg menentukan.
yg pasti
klo korang beduwe xde
....xdpt nk bayang betape sedihnye aku =(
herm.tp nk wt cmne
aku xleh nk halang korang.
sme keputusan di tgn korang
itu mase dpn korang
korang je yg berhak menentukan.
klo korang pergi demii mase dpn
aku tak halang
n aku pasti yg laen2 pon mcm aku
janji korang happy ngn hdp korang.

herm..sem ni rase skejap yg amat
dan mcm2 blaku dlm sem ni
dr ragam student2 uniten
persahabatan
gosip.
pegaduhan.
khianat.
percintaan.
dan perpisahan
alhamdulillah
kite sme dpt mengharungi sgale cbaran spnjg jd student foundation ni.
n aku pasti dgree nnti lebeh hebat cabaran dn rntangan yg akn kte lalui
yg pasti
tanpe sokongan korang sme.
aku xmungkin dpt mengharungi sme ni.

hari terakhir special sem
kotorg habiskan mase di ktn
seronok walaupon penat
duit mmg xcukop
tp psl nak habis kn mase ngn korang
aku ketepikan sme tu
janji dpt bersame ngn korang.
tp agk tekilan sbb ain xde.
dah laa xsmpt nk say goodbye kt ain
mst ain sedih.
sorry ain..

mlm plak aku jenny n lilie ke tasik
mlm terakhir utk habiskan mase kt situ
tmpt yg mmg jd fav ktorg n student laen
tasik mmg tenang
bleh kate akhir2 sem ni mase ktorg byk dhbiskn kt tasik
ade jenny lilie adah syaz tra ct hasayn muiz anas apik :D
dr truth or dare smpai r o c k rok??
hehehe.drpd lepak borak kosong baek maen game
lg best
dpt korek rahsia
dpt bersuke ria
3minggu tak maen.
heish..emonye faten nih.

k laa.
dh start meracau ni.
baek stop dlu
miss n love all of you!
n happy holiday u all!!

Tuesday, June 10, 2008

LOVE IS...




ku pernah punya cinta
namun kini ku sedang suka kamu
cintaku dulu tlah kubuang jauh
kini ku ingin kamu

ku pernah menyendiri
di sini ku akan terasa sepi
walaupun bibir penuh gelak tawa
namun hatiku sepi

jangan bilang tidak
bila kita belum mencoba
siapa yang tahu akan sama
hatimu dan juga hatiku
banyak yang bercinta
bertahun-tahun putus juga
kuharapkan dengan dirimu
walaupun singkat pendekatan
cinta kita kan abadi

ku pernah punya cinta
namun kini ku sedang suka kamu
cintaku dulu tlah kubuang jauh
kini ku ingin kamu

jangan bilang tidak
bila kita belum mencoba
siapa yang tahu akan sama
hatimu dan juga hatiku
banyak yang bercinta
bertahun-tahun putus juga
kuharapkan dengan dirimu
walaupun singkat pendekatan

jangan bilang tidak
waktu dicium aku bingung
namun dada ini bergetar
makanya sungguh aku mohon
jangan bilang tidak

Thursday, June 5, 2008

truth or dare



mlm td pas mkn kt hgway
our sugardaddy bwk g 7e
stesen2 mnyk kt mzm sme penoh
bederet kerete nk isi mnyk
mklumlaaa
mnyk da naek harge
so sme bepusu2 nk isi mnyk sblm kol12
smpai uniten
ktorg lepak kt tasik
agk ramai lpk kt stu
ktorg pon borak2
tp isi plg hangat psl peter laaaa
ktorg daa cube
sme da naek cuak
seram dowh
dh boring2 borak
smpai laa mase utk maen game
truth or dare
game ni dah jd rutin geng ktorg aar
sape2 yg lepak ngn ktorg
mstii kene maen
xksh laa reti ke x
first time maen pown
wajib telibat dlm game ni
mcm2 truth
mcm2 dare
dr dangdut
ke guling2
jerit2.
rahsia2 dah bocor
tp xsme..
xbest sket
sbb skjp sgt masenyee...
tringen nk maen lagi
maybe after final kowt.
maen ramai2 lg best
maken byk rahsia leh korek
hahaha..
hmm.mlm td....

Tuesday, June 3, 2008

Rahsia Bulan dan Kelahiran


Berikut disenaraikan kajian mengenai bulan dan sikap anda, yang telah dijalankan oleh
Yang Berbahagia Dato' Dr. Fadzilah Kamsah.

JANUARI

* Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.
* Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
* Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
* Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.
* Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.
* Pandai mengambil hati orang lain.
* Pendiam kecuali telah dirangsang.
* Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.
* Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
* Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
* Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.
* Cukup sayang pada kanak-kanak.
* Suka duduk di rumah.
* Setia pada segala-galanya.
* Perlu belajar kemahiran bersosial.
* Sifat cemburu yang sangat tinggi

FEBRUARI

* Berfikiran abstrak.
* Sukakan benda yang realiti dan abstrak.
* Bijak dan pintar
* Berpewatakan yang mudah berubah.
* Mudah menawan orang lain.
* Agak pendiam.
* Pemalu dan rendah diri.
* Jujur dan setia pada segalanya.
* Keras hati untuk mencapai matlamat.
* Tidak suka dikongkong.
* Mudah memberontak apabila dikongkong.
* Suka kegiatan yang lasak.
* Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.
* Mudah mempamerkan marahnya.
* Tidak suka benda yang remeh-temeh.
* Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.
* Sangat berani dan suka memberontak.
* Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka hiburan dan sukan.
* Suka benda yang bersifat seni.
* Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.
* Berkecenderungan pada benda yang tahyul.
* Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.
* Belajar untuk mempamerkan emosi

MAC

* Berpesonaliti menarik dan menawan.
* Mudah didampingi.
* Sangat pemalu dan pemendam rasa.
* Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.
* Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.
* Suka pada kedamaian.
* Sangat peka pada orang lain.
* Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.
* Tidak cepat marah dan sangat amanah.
* Tahu membalas dan mengenang budi.
* Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.
* Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.
* Suka berangan-angan.
* Suka melancong.
* Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.
* Kelam kabut dalam memilih pasangan.
* Suka dengan hiasan rumahtangga.
* Punya bakat seni dalalm bidang muzik.
* Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.
* Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan

APRIL

* Sangat aktif dan dinamik.
* Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.
* Sangat menarik dan pandai menjaga diri.
* Punya daya mental yang sangat kuat.
* Suka diberi perhatian.
* Sangat diplomatik (pandai memujuk ).
* Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.
* Sangat berani dan tiada perasaan takut.
* Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.
* Emosi cepat terusik.
* Cuba kawal perasaan.
* Kecenderungan bersifat pendendam.
* Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.
* Kuat daya ingatan.
* Gerak hati yang sangat kuat.
* Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.
* Berpenyakit disekitar kepala dan dada.
* Sangat cemburu dan terlalu cemburu

MEI

* Keras hati & tegas.
* Kuat semangat & bermotivasi tinggi.
* Pemikiran yang tajam.
* Mudah marah apabila tidak dikawal.
* Pandai menarik hati & perhatian orang lain .
* Perasaan yang amat mendalam.
* Cantik dari segi mental & fizikal.
* Tidak perlu dimotivasikan.
* Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
* Mudah dipujuk.
* Bersikap sistematik (otak kiri).
* Suka berangan.
* Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.
* Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.
* Daya khayalan yang tinggi.
* Permikiran yang tajam.
* Pandai berdebat.
* Fizikal yang baik.
* Kelemahan sistem pernafasan.
* Suka sastera, seni & muzik serta melancong.
* Tidak berapa suka duduk di rumah.
* Tidak boleh duduk diam.
* Tidak punya ramai anak.
* Rajin dan bersemangat tinggi.
* Agak boros

JUN

* Berfikiran jauh & berwawasan.
* Mudah ditawan kerana sikap baik.
* Berperangai lemah lembut.
* Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.
* Idea yang terlalu banyak di kepala.
* Bersikap sensitif.
* Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir).
* Sukar melakukan sesuatu dengan segera.
* Bersikap suka menangguh-nangguh.
* Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.
* Cepat marah & cepat sejuk.
* Suka bercakap & berdebat.
* Suka buat lawak & bergurau.
* Otaknya cerdas berangan-angan.
* Mudah berkawan & pandai berkawan.
* orang yang sangat tertib.
* Pandai mempamerkan sikap.
* Mudah kecil hati.
* Mudah kena selsema.
* Suka berkemas.
* Cepat rasa bosan.
* Sikap terlalu memilih & cerewet.
* Kurang mempamerkan perasaan.
* Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.
* Suka pada barang yang berjenama.
* Mudah menjadi eksekutif.
* Kedegilan yang tidak terkawal.
* Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.

JULAI

* Sangat suka didamping.
* Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.
* Agak pendiam kecuali dirangsang.
* Ada harga dan maruah diri.
* Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.
* Mudah dipujuk dan bercakap lurus.
* Sangat menjaga hati orang lain.
* Sangat peramah.
* Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.
* Berjiwa sentimental.
* Jarang berdendam.
* Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.
* Tidak suka benda remeh-temeh.
* Membimbing cara fizikal dan mental.
* Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.
* Layanan yang serupa terhadap semua orang.
* Tinggi daya simpati.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.
* Mudah dan rajin belajar.
* Suka muhasabah diri.
* Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.
* Suka mendiamkan diri.
* Suka duduk di rumah.
* Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.
* Tidak agresif kecuali terpaksa.
* Lemah dari segi kesihatan perut.
* Mudah gemuk kalau tak kawal diet.
* Minta disayangi.
* Mudah terluka hati tapi lambat pulih.
* Terlalu mengambil berat.
* Rajin dalam membuat kerja

OGOS

* Suka berlawak.
* Mudah tertawan padanya.
* Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.
* Berani dan tidak tahu takut.
* Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.
* Pandai memujuk orang lain.
* Terlalu pemurah & bersikap ego.
* Nilai harga diri yang sangat tinggi.
* Dahagakan pujian.
* Semangat juang yang luar biasa.
* Cepat marah & mudah mengamuk.
* Mudah marah apabila cakapnya dilawan.
* Sangat cemburu.
* Daya pemerhatian yang tajam & teliti.
* Cepat berfikir.
* Fikiran yang berdikari.
* Suka memimpin & dipimpin.
* Sifat suka berangan.
* Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat.
* Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.
* Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit.
* Belajar untuk bertenang.
* Sikap kelam kabut.
* Romantik, pengasih dan penyayang.
* Suka mencari kawan

SEPTEMBER

* Sangat bersopan santun & bertolak ansur.
* Sangat cermat, teliti & teratur.
* Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.
* Pendiam tapi pandai bercakap.
* Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.
* Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.
* Kerja yang dilakukan sangat sempurna.
* Sangat sensitif yang tidak diketahui.
* orang yang banyak berfikir.
* Daya pentaakulan yang baik.
* Otak bijak & mudah belajar.
* Suka mencari maklumat.
* Kawal diri dari terlalu mengkritik.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.
* Suka sukan, hiburan & melancong.
* Kurang menunjukkan perasaannya.
* Terluka hatinya sangat lama disimpan.
* Terlalu memilih pasangan.
* Sukakan benda yang luas.
* Bersistematik

OKTOBER

* Suka berbual.
* Suka orang yang sayang padanya.
* Suka ambil jln tengah.
* Sangat menawan & sopan santun.
* Kecantikan luar & dalam.
* Tidak pandai berbohong & berpura-pura.
* Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan.
* Sentiasa berkawan.
* Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.
* Cepat marah.
* Macam pentingkan diri sendiri.
* Tidak menolong orang kecuali diminta.
* Suka melihat dari perspektifnya sendiri.
* Tidak suka terima pandangan orang lain.
* Emosi yang mudah terusik.
* Suka berangan & pandai bercakap.
* Emosi yang kelam kabut.
* Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).
* Suka melancong, bidang sastera & seni.
* Pengasih, penyayang & lemah lembut.
* Romantik dalam percintaan.
* Mudah terusik hati & cemburu.
* Ambil berat tentang orang lain.
* Suka kegiatan luar.
* orang yang adil.
* Boros & mudah dipengaruhi persekitaran.
* Mudah patah semangat

NOVEMBER

* Banyak idea dalam perkara.
* Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.
* Berfikiran kehadapan.
* Berfikiran unik dan bijak.
* Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa.
* Pemikiran yang tajam.
* Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.
* Sesuai jadi seorang doktor.
* Cermat dan teliti.
* Personaliti yang dinamik.
* Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.
* Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.
* Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.
* Terlalu degil dan keras hati.
* Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.
* Tak suka marah kecuali digugat.
* Mudah ambil berat terhadap orang lain.
* Pandai muhasabah diri.
* Cara berfikir yang lain dari orang lain.
* Otak yang sangat tajam.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Tidak hargai pujian.
* Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu.
* Cuba sampai berjaya.
* Badan yang sasa.
* Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.
* Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.
* Suka duduk d irumah.
* Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.
* Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.
* Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.
* Bercita-cita tinggi.
* Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah

DISEMBER

* Sangat setia dan pemurah.
* Bersifat patriotik.
* Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.
* Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.
* Bercita-cita tinggi.
* Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.
* Seronok bila didampingi.
* Suka bercampur dengan orang.
* Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.
* Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.
* Tidak pandai berpura-pura.
* Cepat marah.
* Perangai yang mudah berubah-ubah.
* Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi.
* Benci pada kongkongan.
* Suka berlawak.
* Pandai buat lawak dan berfikiran logik

FIGHT AIDS




“Rahimah.. nama yang menjadi siulan dan igauan anak muda di Felda…., siapa yang tak kenal Imah anak gadis Hj Dollah yang menjadi sebutan ramai .. jika dia berjalan pasti ramai mata yang memandang, bagi pemuda-pemuda Felda disitu Imah dilahirkan dalam satu pakej yang sempurna, cantik, kulitnya putih bersih, tinggi lampai, bersopan santun dan berbudi bahasa, memang sesuai untuk dijadikan suri di hati mereka.Bukan setakat pemuda sahaja yang terpikat dengan Imah, Kaum Ibu juga begitu, hati ibu mana yang tidak terpikat bila melihat seorang gadis yang soleha, tidak pernah mengabaikan Suruhannya, sentiasa bertudung litup jika berjalan, cantik dan berbudi bahasa pada orang tua, semuanya mengharap Imah bakal menjadi menantu mereka. Tapi tidak sebegitu mudah Imah diibaratkan seorang puteri yang tinggal di puncak menara dan dikawal naga yang bersedia menyemburkan api pada siapa yang mendekatinya, siapa yang tak kenal ayahnya Hj Dollah guru silat terkenal dan dua abangnya Imran dan Herman orang kuat Umno dan belia kawasan itu, tiada sesiapa berani mengacaunya kerana takut dan segan dengan ayah dan abang-abangnya.

Hj Dollah begitu mengawal dan mengambil berat tingkah laku anaknya kerana Imahlah satu-satunya anak gadisnya, setiap masa pasti dia mengawasi dengan siapa anaknya bergaul dan jika Imah mahu pergi kemana-mana sama ada dia atau anak lelakinya pasti menemaninya. Imah langsung tidak berkesempatan untuk bergaul dengan teman-teman, selepas tamat persekolahan hidupnya terkurung di dalam rumah menjaga makan-minum ayahnya setelah kematian ibu dan melayan anak-anak abang sulongnya, Imah ingin juga keluar ke bandar berjalan-jalan bersama teman-teman namun tidak dibenarkan oleh ayahnya dengan alasan takut dia terpengaruh dengan gejala tidak sihat. Sebagai
seorang gadis yang sedang meningkat usia Imah tidak terlepas daripada perasaan cinta dalam banyak-banyak pemuda yang cuba memikatnya dia telah terpikat dengan Salleh pemuda di sebelah rumahnya, nampaknya Imah tidak bertepuk sebelah tangan Salleh juga begitu, bibit-bibit percintaan mula terbit dari hanya berbalas pandang mereka sudah mula rajin berbicara di telefon ataupun berutus surat, walaupun Imah tahu akibatnya jika perbuatannya diketahui oleh ayah atau abangnya, namun demi cinta dia sanggup menghadapi semua itu. Janji telah dimeterai antara mereka berdua untuk hidup bersama setelah lebih setahun berhubungan secara rahsia dan Salleh menyuarakan hasrat untuk mengambil Imah sebagai suri hidupnya. Namun mereka hanya mampu merancang jodoh pertemuan di tangan Tuhan, Salleh begitu kecewa bila mengetahui Hj Dollah menolak pinangannya dengan alasan dia tidak mempunyai pekerjaan tetap, alasan yang tidak dapat diterima kerana sejak bapanya meninggal dunia dan sebagai anak sulong dialah yang menguruskan segala kerja di kebun kelapa sawit adakah itu bukan pekerjaan???..

Imah sedih atas keputusan ayahnya namun dia akur kerana ayahnya mungkin menpunyai alasan tersendiri menolak pinangan Salleh, seminggu selepas itu ayahnya menyuarakan hasrat untuk menjodohkannya dengan anak kepada sahabat lamanya semasa dalam anggota polis dahulu dan pemuda itu bekerja Kuala Lumpur sekarang. Sebagai anak yang taat kepada orang tuanya Imah tidak menolak hasrat bapanya walaupun hatinya masih terpaut pada Salleh tapi dia redha mungkin itu sudah jodohnya. Enam bulan selepas itu berlangsunglah perkahwinan antara Rahimah dan Suhaimi calon pilihan ayahnya dan pada hari itu juga musnahlah angan-angan pemuda-pemuda yang cuba memikat Imah terutama Salleh dan seminggu selepas perkahwinan Imah, Salleh bertunang dengan gadis pilihan ibunya maka berakhirlah kisah percintaan yang tak
kesampaian dan bermulalah peristiwa sedih dalam kehidupan Imah kemudiannya.

Sebulan selepas perkahwinannya Imah mengikut suaminya di Kuala Lumpur maka bermulalah kehidupannya sebagai seorang suri rumahtangga sepenuh masa.Setahun sudah berlalu dan Imah kini mengandung anak sulong mereka namun sejak dari awal perkahwinan hingga sekarang dia menpunyai satu kemusykilan setiap kali pulang ke kampung suaminya pandangan jiran tetangga terhadap dirinya dan suami begitu dingin mereka seolah-olah seperti mendendami mereka , Imah ada menyuarakan pada ibu mentuanya tapi seolah-olah dia cuba menyembunyikan sesuatu….. masuk dua tahun usia perkahwinan mereka Imah sudah dapat merasakan perubahan pada suaminya, Suhaimi sudah jarang pulang ke rumah dan sering saja keputusan wang walaupun baru seminggu mendapat gaji, yang menjadi mangsa Imah habis semua barang-barang kemas pemberian arwah ibunya habis di gadai suaminya dengan alasan mencukupkan modal untuk menjalankan perniagaan. Kerana sering keputusan wang Imah tidak ada pilihan lain selain mencari pekerjaan bagi menampung keperluan keluarganya.

Sejak Imah mula bekerja sikap buruk suaminya semakin ketara habis duit gajinya diambil oleh suaminya jika dia membantah, pasti tangan dan kaki naik ke badan, dia tidak menyangka nasibnya akan jadi begini, jika tidak kerana mengenangkan anaknya yang masih kecil hendak saja dia lari balik ke rumah ayahnya.Oleh kerana tidak sampai hati melihat nasib Imah akhirnya kakak iparnya yang tinggal berhampiran rumahnya membuka rahsia yang suaminya ialah seorang penagih dadah sejak remaja lagi dan sebelum berkahwin dengan Imah, Suhaimi baru saja keluar dari Pusat Serenti dan keluarganya mengambil keputusan mencarikan jodoh untuknya dengan harapan dia dapat melupakan najis dadah itu. Imah terkedu bila mendengar cerita dari akak iparnya dia tidak menyangka selama ini dia di tipu bulat-bulat oleh keluarga mentuanya, dia tahu jika ayahnya tahu dulu pasti pinangan suaminya ditolak mentah-mentah dulu…. tapi apakan daya nasi dah menjadi bubur, hendak dia sesalkan pun tidak berguna lagi, Suhaimi sudah menjadi suaminya yg sah.

Sejak dari itu jiwa dan sanubarinya semakin tertekan, keadaan suaminya semakin lama semakin teruk hingga sanggup membuat apa saja untuk mendapatkan benda haram jadah tu..sepak terajang, tumbuk,tempeleng dan maki hamun sudah menjadi perkara biasa bagi Imah setiap hari, jika datang gian suaminya dan dah tak berduit untuk beli benda tu Imahlah yang menjadi mangsa jika tidak diberi lebamlah seluruh badannya dikerjakan suaminya … Ingin saja dia mengadu pada Ayah dan abangnya namun dia tidak mahu menambah derita ayahnya yang baru pulih dari serangan jantung… biarlah dia saja yang menanggung semuanya.Dalam keadaan rumahtangganya yang kucar-kacir itu Imah telah disahkan mengandung lagi, dia redha dengan pemberian tuhan walaupun dia tahu sukar untuknya menjaga anak itu bila lahir nanti dengan keadaannya begitu. Masuk kandungannya 3 bulan suaminya Suhaimi dimasukkan semula ke Pusat Serenti semula setelah ditangkap dalam operasi Polis ke atas penagih dadah di kawasan itu, perasaannya sedih bercampur lega, sedih kerana dalam keadaannya begitu suami tiada disisi namun dia lega kerana buat sementara dia selamat dari segala deraan dari suaminya. Berita itu akhirnya sampai ke pengetahuan keluarganya, hanya deraian airmata saja yang dapat menjawab pertanyaan ayah dan abangnya ketika mereka mengunjunginya…… Keputusan telah dibuat untuk membawa balik Imah ke kampung dan dia telah membulatkan tekad untuk membawa perkara ini ke Mahkamah syariah setelah didesak oleh abangnya. Kepulangan Imah ke Felda itu dipandang sinis oleh jiran tetangga, semuanya seperti ‘memulangkan buah keras’ kepada Hj Dollah yang terlalu memilih menantu akhirnya penagih dadah yang dipilih…… Mungkin kerana tekanan dan keadaan tubuhnya yang lemah menyebabkan Imah mengalami keguguran dan ditahan di Wad selama seminggu, semasa didalam wad berdetik hatinya kerana sudah 4 kali darahnya diambil oleh doktor dengan alasan untuk membuat analisa.. dan masuk hari ke sembilan doktor telah memanggil dan menerangkan kepadanya setelah membuat analisa pada contoh darahnya dia didapati HIV positif… berita itu betul-betul meragut seluruh jiwa dan raganya, lemah terus badannya, berpinar matanya dan fikirannya terbayang saat akan kematiannya nanti… hanya linangan air mata membasahi pipinya sambil memeluk erat tubuh tua ayahnya….. bila doktor bertanya akan latar belakang kehidupnya tak terkata olehnya kerana dia tahu siapa yang menyebarkan virus itu kepadanya… perasaan benci yang membuak-buak terhadap suaminya sudah tidak tertahan lagi.. mengapa suaminya yang melakukan dosa tapi dia yang patut menerima akibatnya….

Setelah dibuat pemeriksaan keatas suaminya di Pusat Serenti doktor mengesahkan yang suaminya pembawa virus HIV dan Suhaimi sendiri mengesahkan dia berkongsi jarum suntikan semasa mengambil dadah. Setelah menerima berita itu saban hari Imah hanya termenung dan menangis mengenangkan nasib malangnya namun dia bersyukur kerana satu-satunya zuriatnya bebas dari penyakit ini. Berita Imah dijangkiti HIV mengemparkan penduduk Felda disitu, semuanya bercerita tentang topik yang sama, tetapi bukan sempati yang diterima tapi cacian dan hinaan yang dilemparkan sehingga ada yang menabur fitnah Imah menjadi menjadi pelacur semasa di KL dulu. Imah tidak menduga hingga begitu sekali hinaan yang diterima dari masyarakat disitu, tidak tahukah mereka penderitaan yang ditanggungnya ingin saja dia bersemuka dengan mereka yang menabur fitnah padanya menyatakan cerita sebenarnya, tapi dia tidak mampu menutup mulut orang yang mengata, dia hanya berdoa pada Tuahan supaya tabahkan hatinya dalam menempuh hari-hari terakhir dalam hidupnya.

Dua tahun sudah berlalu setelah dia disahkan HIV positif, namun dia masih mampu bernafas lagi walaupun virus ini sudah memamah keseluruhan tubuhnya, Imah tahu dia hanya menpunyai waktu yang sedikit untuk melihat kecantikkan duniawi sebelum menghembuskan nafas terakhir. Suami penyebab dia menjadi begini hilang tanpa dikesan setelah berjaya melarikan diri dari tahanan Pusat Serenti, namun dia puas akhirnya dia berjaya memutuskan ikatan perkahwinan dengan Suhaimi. Selama dua tahun jugalah dia tabah melalui liku-liku kehidupan sebagai pesakit AIDS sehingga kadang kala dia tidak mampu lagi untuk menerima segala penghinaan dan cacian dari segelintir masyarakat setempat. Sehingga pada satu tahap dia tidak dibenarkan lagi bersembahyang jemaah di surau yang selama ini dilakukannya sejak belum berkahwin dulu dengan alasan takut telekung dan sejadah yang digunakannya mungkin mengandungi virus HIV??????. Setiap kali dia keluar bersiar bersama anaknya sekitar kawasan situ pasti ada suara-suara sumbang yang mengata dan menjauhkan diri darinya seolah-olah dia orang asing di kampungnya sendiri. Setiap kali menjelang hari lebaran kunjungan yang dilakukan pasti tidak mendapat layanan, tangan yang dihulur tanda kemaafan disambut dengan dengan wajah kebimbangan sehingga tiada seorangpun jiran-jirannya yang sudi datang menziarah rumahnya, seolah-olah siapa yang datang kerumahnya pasti akan menerima jangkitan HIV. Jika dulu dia dianggap gadis yang sempurna dan menjadi idaman pemuda dan kaum ibu sebagai calon isteri dan menantu tapi kini………… Bukan dia saja yang menerima penghinaan dan pemulauan masyarakat tempiasnya juga diterima oleh ayah, anaknya dan abang-abangnya, tiada siapa lagi yang mahu menggunakan khidmat ayahnya sebagai tukang masak, Abangnya tidak lagi dipilih sebagai ketua belia dikawasan itu dan anaknya diejek dan dihina oleh kanak-kanak lain hingga tidak dibenarkan bermain bersama…… Kerana tidak dapat menanggung penghinaan dari masyarakat kampung akhirnya ayah kesayanganya menghempuskan nafas terakhir sebelum dia, kini dia hilang tempat mengadu dan hanya dengan abang-abangnya sajalah tempat dia bergantung sekarang untuk menjalani sisa-sisa kehidupannya.

Tubuhnya semakin lama semakin susut, dia juga tidak mampu lagi berjalan kerana badannya begitu lemah, Imah juga sudah tidak mampu lagi makan benda-denda yang keras hanya bubur saja yang mampu ditelan, ruam dibadannya semakin bertambah, batuknya semakin teruk hingga mengeluarkan darah … dia tahu inilah penghujung kehidupannya dan dia perlu menerima hakikat itu. Keadaannya bertambah teruk dan akhirnya dia terpaksa dimasukkan ke Hospital dan semasa dalam keadaan tenat inilah dia sempat menyampaikan wasiat kepada abangnya jika dia meninggal dunia dia tidak mahu dikebumikan di Felda…… dia tidak mahu tubuhnya menjadi bahan hinaan segelintir masyarakat di situ biarlah dia disemadikan di tempat lain. Setelah dua hari tidak sedarkan diri akhirnya Imah menghembuskan nafas terakhir di Subuh jumaat yang sunyi itu… dan berakhirlah penderitaan seorang wanita yang teguh/tabah/sabar dalam menjalani kehidupannya dan berakhirlah juga segala umpatan/hinaan/cacian segelintir masyarakat yang cetek pengetahuan tentang AIDS….. Permintaan terakhir Imah untuk disemadikan di tempat lain ditunaikan dan jenazahnya telah diuruskan pihak hospital dan selepas di sembahyangkan jenazahnya telah disemadikan di tanah perkuburan berhampiran Hospital tersebut……

Buat Allahyarham Kak Rahimah….. semoga rohnya dicucuri rahmat……

Al Fatihah………….

http://sittuyup.wordpress.com/2006/12/27/kisah-sedih-dan-benar-seorang-mangsa-aids/

perosak bahasa


Karam Singh Walia the boss!

1. Kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke bawah

2. Tak lapuk dek hujan, tak lekang macam rambutan

3. Tiada rotan, pelempang berguna juga

4. Biar lambat asalkan tak cepat

5. Biar putih tulang, jangan kuning gigi

6. Di mana ada gula di situ adalah gula-gula

7. Kalah jadi abu, menang jadi arang, seri jadi abu bakar

8. Carik-carik bulu ayam, lama-lama jadi shuttlecock

9. Secupak takkan jadi 18 cupak

10. Gajah mati meninggalkan gading, udang harimau mati

meninggalkankulit, manusia mati meninggal dunia

11. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula makanan di dalam mulut.

12. Harapkan pagar, pagar tidak boleh diharap

13. Alang-alang mandi biar guna sabun

14. Berapa berat mata memandang, berat lagi seguni beras

15. Cubit paha kanan, paha kiri tak rasa apa-apa pun

16. Diam-diam ubi berisi, diam-diam orang.... bisu

17. Hidup segan mati di tanam

18. Ikut hati mati, ikut rasa merasa

19. Lembu punya susu cap teko dapat nama

20. Sehari selambar benang lama-lama benang habis

21. Jika kail panjang sejengkal, beli le yang panjang sikit kalau nak ngail di laut. (beli la pukat tunda lagi baik)

22. Hendak seribu daya, tak hendak tak apa

23. Membujur lalu melintang pukang

24. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri,
lebih baik hari tak hujan

25. Sebab pulut santan binasa, sebab mulut habis pulut

26. Kecil-kecil cili padi, kecil lagi biji cili

27. Kalau sudi katakan sudi, kalau tak sudi boleh blah!!

fakta atau auta!~@!!#!$#*&^O


15 fakta+auta tentang saya....

1- domino sorang yg sensitip.

2- ank kedua dr 2org adk beradik.xske dipanggel bongsu.mane laaa tau ade rezeki mak dpt baby lg.hehe..ade abe yg beumo 27 taon ni.single lg.tp xsure la avilable ke x.ish.terpromote lak..hehe

3- domino is single but not available.tawaran akn dibuka pd masa akn dtg. :D

4- uniten dihati..haha.domino sorang yg homesick!pntg dok msc lame2.bkn xske...tp lg syg rumahku..surgaku.....

5- mengamalkan prisip family first.

6- ske wat org pening.ske merapu.

7- spaghetti mknn kedua domino..bolognese spagetti favku

8- masih tertanye2 ape matlamat hdpku yg sbenar.....blur ah!

9- xbpe ske smokers..tp klo dah jodoh trime laa seadenye.

10-perlukan seorg yg lbh kuat dr domino utk mbimbing ke arah yg benar.

11-susah melupakan ape yg terjadi.

12-masih belum smpai tahap kematangan seorang gadis yg berumur 19 thn..kanak2 ribena lg.

13-pecinta muzik.big fan of ct nurhaliza :D

14-pecinta kucing juwaa.

15-gile karaoke! =O